Kakitangan Tune Talk Kini Turut Menjadi Pemegang Saham Syarikat

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 11 Feb 2026 11:00:21

Tune Talk hari ini mengumumkan pelancaran Skim Amanah Saham Pekerja (ESTS), sekali gus menjadikannya sebagai telco pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada kakitangannya untuk menjadi rakan ekuiti.

Pngumuman ini dibuat menjelang Tawaran Awam Permulaan (IPO).

Inisiatif ini menunjukkan komitmen syarikat itu dalam menjaga kebajikan jangka panjang pekerja  mereka dengan membolehkan mereka berkongsi nilai yang dijana bersama.

Sebagai langkah sulung, Pengasas Bersama dan CEO, Gurtaj Singh Padda, memindahkan 4.15% daripada modal saham Tune Talk ke dalam Tabung Amanah khas untuk manfaat kakitangan.

Saham tersebut akan diuruskan oleh pemegang amanah bagi memastikan tadbir urus telus dan perkongsian nilai bertanggungjawab.

ESTS menyediakan struktur fleksibel termasuk pengagihan dividen, ganjaran prestasi sebelum IPO, serta sokongan kebajikan.

Apabila IPO dilaksanakan, Amanah ini akan menjadi saluran pengagihan saham dan subsidi pembelian selaras dengan ESOS.

Langkah ini menetapkan piawaian baharu dalam pengiktirafan pekerja, memastikan mereka menikmati manfaat kewangan nyata seiring pertumbuhan syarikat.

{suggest}

Kakitangan Tune Talk Kini Turut Menjadi Pemegang Saham Syarikat WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts