#KanserBukanTiketUntukMati, Pesakit Leukemia Dari Pahang Ini Mahu Buktikan Dia Mampu Jelajah Satu Semenanjung Seperti Orang Biasa

by Oh! Semput


HOME Posted on 30 Aug 2016 22:07:46




Bila sebut sahaja penyakit kanser sudah pasti ada terfikirkan akan nasib penghidapnya, ada yang bertanyakan berapa lama lagi mereka boleh hidup.

Ada antara mereka begitu terkesan, ada yang murung, ada yang mengahdapi tekanan, namun, ia bukanlah pengakhiran sebuah hidup.

Bagi mengubah persepsi ini, seorang lelaki yang menghidapi penyakit kanser darah atau lebih dikenali leukimia telah tampil menyanggah persepsi itu, baginya kanser bukan tiket untuk mati, oleh itu ia bukanlah menjadi penghalang untuknya aktif seperti orang lain yang sihat.

Beliau telah cuba memenuhi impiannya iaitu menjayakan misi menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan konsep mengembara tumpang.

Oleh itu beliau telah mula bergerak menjelajah semenanjung mulai Jumaat lalu dari Kuantan hingga 8 September depan di mana kini dia telah berada di Langkawi berdasarkan kemaskini terbaru dari Facebooknya yang menggunakan nama Zaki Bijak.

Menurut zaki tujuan dia melakukan misi ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit kanser terutama yang menghidapinya supaya tidak berputus asa melawan penyakit itu.

"Idea untuk menjelajah negeri di Semenanjung Malaysia sudah lama dirancang iaitu selepas kanser itu dihidapinya pada Julai 2014 namun ia baru dapat direalisasikan."

"Mulanya saya merancang hendak menjelajah ke luar negara kerana konsep 'hitch-hiking' cukup popular di sana, namun memandangkan kekangan kewangan serta bimbang tahap kesihatan saya lakukannya dalam negara.

"Pada mulanya saya merancang hanya untuk ke utara Semenanjung Malaysia dari rumah di Kampung Bukit Rang 2, Jerantut, tetapi selepas itu saya ubah dan rancang menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia," katanya - Siakapkeli.my











: Harian Metro, Zaki Bijak
Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News