‘Kantoi’ Minta Duit Kopi RM 100 Dekat Penumpang KLIA, Pegawai Kastam Kelam Kabut Mohon Maaf Di DM – “Tak Perlu Kecoh-Kecoh”

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 13 Jul 2026 06:32:47

Pengalaman pertama kali menaiki penerbangan secara bersendirian dari Indonesia ke Malaysia bertukar menjadi detik mengecewakan buat seorang pengguna Threads, @Brayenngabriel.

Menurut pemuda berkenaan, dia ditahan untuk pemeriksaan oleh pihak Kastam Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas beberapa bungkus bakso ditemukan di dalam bagasinya.

Advertisement

j

Dia mendakwa bagasi tersebut melepasi pemeriksaan di Indonesia tanpa sebarang masalah. Malah, ahli keluarganya juga dikatakan pernah membawa makanan sama ke Malaysia sebelum ini.

Ketika pemeriksaan dilakukan, seorang pegawai bertanya mengenai barangan yang dibawanya.

Namun, seorang pegawai wanita kemudiannya memaklumkan makanan berkenaan tidak dibenarkan dibawa masuk dan perlu disita.

Dakwa Ditawarkan ‘Bantuan’ Dengan Bayaran RM100

Pemuda itu mendakwa seorang lagi individu yang dipercayai pegawai kastam kemudian menawarkan untuk membantunya dengan meminta bayaran RM100.

“Kalau nak kami tolong, bagi RM100,” kata pegawai tersebut.

Pemuda itu menjelaskan bahawa dia tidak membawa wang tunai, namun dimaklumkan pembayaran secara dalam talian tidak diterima.

j

“Saya tak ada bawa wang tunai,” jelasnya.

“Kastam tidak menerima bayaran secara dalam talian, kami hanya terima wang tunai,” balas pegawai itu lagi.

Ibunya kemudian menghubungi individu terbabit untuk merayu agar jumlah tersebut dikurangkan, namun permintaan itu didakwa tidak dilayan kerana RM100 dikatakan sebagai kadar minimum.

“Sebenarnya kami tak boleh tolong, tetapi disebabkan kasihan kepada kamu, RM100 itu bolehlah,” ujar pegawai tersebut.

Walaupun pada awalnya meminta bayaran tunai, pemuda berkenaan mendakwa transaksi akhirnya dilakukan melalui imbasan kod QR. Dia turut menyimpan tangkap layar transaksi tersebut sebagai bukti.

Individu Terbabit Didakwa Minta Hantaran Dipadam

Selepas pengalaman itu dikongsikan di Threads dan mendapat perhatian ramai, individu yang dipercayai terlibat didakwa menghubunginya menerusi mesej peribadi.

k

Pemuda itu bagaimanapun memilih untuk membuat laporan rasmi berhubung kejadian tersebut. Menerusi perkembangan terbaharu, dia memaklumkan bahawa laporan polis juga sudah dibuat untuk tindakan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isk
2026-07-13 12:25:14

"Kalau Berlakon, Aku Dah Dapat Oscar Dah" - Hos Podcast Sembang Ohh Yeahh Nafi Berlakon Dirasuk Entiti Paranormal

‘Kantoi’ Minta Duit Kopi RM 100 Dekat Penumpang KLIA, Pegawai Kastam Kelam Kabut Mohon Maaf Di DM – “Tak Perlu Kecoh-Kecoh” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts