by Oh! Semput
Malaysia mula bersambung dengan rangkaian internet pada tahun 1987 menerusi RangKom. Di peringkat awal ini, internet hanya boleh diakses menggunakan komputer. Selepas hampir 40 tahun, 72% penduduk Malaysia menggunakan telefon pintar sebagai peranti mengakses internet utama menurut laporan yang diterbitkan Kaspersky.
Ini ialah peratusan yang sama dengan penduduk Asia Pasifik(APAC) dalam sebuah tinjauan yang dilakukan pada Mac lalu. Tinjauan yang sama turut mendapati majoriti penduduk Malaysia mempunyai kepercayaan tinggi untuk menyimpan data dalam peranti mereka.

Seramai 52% menyimpan emel kerja, 49% menyimpan data beli belah, 46% menyimpan nota serta peringatan dan 22% mengakses sistem kerja menerusi telefon pintar. Ini adalah peratusan lebih tinggi daripada keseluruhan penduduk APAC.
Selain itu seramai 66% pula menyimpan gambar dan video peribadi, 57% menyimpan chat dan mesej teks, dan 32% menyimpan maklumat kata laluan juga di dalam peranti. Sungguhpun kadar kepercayaan tinggi pada peranti mudah alih, ia meningkat risiko data mungkin diakses tanpa kebenaran ataupun hilang.
Oleh itu Kasperskry menyarankan orang ramai tidak bergantung sepenuhnya kepada simpanan data pada peranti. Mereka perlu mempunyai storan sandaran yang dilakukan dengan kerap. Peranti juga perlu mempunyai mod dikunci apabila skrin dimatikan. Sistem penjejakan lokasi turut disarankan diaktifkan bagi membolehkan ia dijejak apabila dicuri.