Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.
Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.
Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam.
Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya,Pyxicephalus adspersus itu.
“Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini,” kata Dan yang berusia 30 tahun.
Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam. Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.
Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.
Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.
Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik.
Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon.
Pelakon Datin Elvina Mohamad mengambil keputusan menarik diri daripada sebuah telefilem baharu, dua hari sebelum penggambaran bermula.Tak mahu lakukan babak panas
Pelakon popular, Zara Zya, meluahkan ciri-ciri lelaki idamannya yang bukan sahaja berkarakter maskulin tetapi juga mempunyai kemahiran praktikal serta asas agama yang baik.Tahu mengaji itu bonusFoto: Harian MetroMenurut Zara atau nama sebenarnya Zainur
Kira-kira 1,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai Program Outreach Bersasar Projek Lepas SPM peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya yang memberi fokus kepada peluasan akses maklumat pendidikan tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Perjalanan sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi apabila empat individu termasuk seorang bayi berusia setahun maut selepas kereta yang mereka naiki dihempap sebuah treler yang terbalik di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Ting
Cubaan seorang lelaki untuk Mencuri kabel di sebuah taman perumahan di Bahau berakhir dengan kegagalan apabila tindakannya disedari penduduk sebelum dia sempat membawa lari hasil curiannya.Dalam kejadian yang berlaku semalam, suspek dipercayai seda
Kira-kira 1,000 liter asid hidroklorik tertumpah selepas sebuah lori tangki yang membawa hampir 25 tan bahan kimia itu terbalik di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Jambatan Kampung Cherating, pagi Sabtu.Kejadian yang dilaporkan sekitar jam 7.30 pagi itu
Perpaduan tidak boleh dibentuk melalui satu program atau usaha bersifat sementara, sebaliknya perlu dipupuk secara berterusan demi memastikan kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara.Mesej itu menjadi antara pengisian utama Sambutan Minggu Perpaduan (
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan dakwaan bahawa tanah Orang Asli yang telah diwartakan dirampas seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.Dalam satu kenyataan, JAKOA menegaskan dakwaan berkenaan adalah tidak tepat dan menjelaskan bahawa sehin
TEMERLOH: Gelombang penghijrahan kepimpinan BERSATU ke Gerakan RESET turut melanda Temerloh apabila kira-kira 90 peratus Ahli Jawatankuasa (AJK) BERSATU Bahagian Temerloh mengambil keputusan meninggalkan parti itu untuk menyertai wadah politik bahar
Kehadiran seekor buaya sepanjang lebih tiga meter yang terperangkap dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Manggis di sini mencetuskan kegemparan dalam kalangan penduduk dan pengguna jalan raya pada Ahad.Penolong Pengarah Operasi Jabat