KALAU kita meminta maaf, tak semestinya kita dianggap kalah kan? Tapi sikap potitif Chef Wan ini perlu dicontohi oleh selebriti yang lain atau kita sendiri.
Sebelum ni, tak ada lah hot sangat isu tentang Chef Wan yang selamba menegur kelakuan jutawan kosmetik, Dato Aliff Syukri yang makan di tepi jalan ketika bercuti dekat luar negara baru-baru ini.
Kita pun tahu, Aliff ni jenis yang selamba dan tak cepat melatah. Dia sendiri mengambil teguran Chef Wan tu secara positif jadi semuanya baik-baik saja.
Cef selebriti ini pula dengan rendah hati ada memuat naik satu gambarnya bersama dengan Aliff Syukri ketika Majlis Ulang Tahun Majalah Wanita yang ke-45 tahun semalam.
Kita boleh tengok cara selebriti veteran yang merendah diri dan yang pasti isu ini cuma isu kecil yang memang tak perlu diperbesarkan sama sekali.
Bukan tu saja, Chef Wan juga memang dikenali sebagai seseorang yang bersuara lantang. Apa yang dia rasa tak betul, dia cakap saja lah. Walaupun kadang kala ada yang kecil hati dengan kenyataan yang diberikan oleh beliau.
Selain pernah menegur Aliff Syukri, Chef Wan pun ada menegur seorang lagi jutawan kosmetik terkenal tanah air, iaitu Dato’ Vida sendiri. Kejadian berlaku pada tahun 2015 lalu dan mungkin ada juga yang dah terlupa.
“Saya hulur tangan dahulu memohon maaf sekiranya apa yg saya tegur kan tempoh hari beliau terasa hati.
Aliff kata dia terima teguran itu dengan baik as he know i adviced him from my vast experienced and sometime he does feel he over reacted abit with segala kemewahan yang dia tak biasa menikmati.”
“Saya kata sejujur nya saya anggap Dato Aliff mcm anak saya jugak dan berbangga dgn kejayaan beliau tetapi dia mesti lebih berhati hati bila update apa saja di social media itu kerana he is dealing with the general public so pasti ada consequences yg akan di hadapinya,” tulis Chef Wan ketika bergambar bersama Aliff Syukri
Dah alang-alang semua ada sekali waktu tu, Chef Wan pun mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada DSV kerana kelantanganya mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengutuk tindakan DSV yang terlampau over memporomosikan produknya ketika itu.
“At our table was also the funny Dato Seri Vida. Juga saya mohon maaf dahulu di atas apa yang dia terasa hati. 3 tahun tak ada la D.S. First time saya comment tu was last year masa TV show tajaan DS tu for anugerah di TV3,” tulis Chef Wan dekat ruangan kapsyen ketika dia bertemu dengan DSV semalam.
DSV pun dengan terbuka hati menerima maaf Chef Wan tu. Yelah, memang tak ada apa yang perlu diperbesarkan pun. Sebab isu tu pun dah lama berlalu.
“Semua ini Allah nak beri pengajaran kepada kita sesama manusia to have more love and respect for one another.
“Jika kita buat silap kita belajar. Jika kita rasa kita telah kecil kan hati sesaorang itu cepat2 kita minta maaf,” tambah Chef Wan lagi.
Ramai juga netizen yang memuji tindakan berhemah Chef Wan yang dengan merendah dirinya memohon maaf kepada kedua dua jutawan kosmetik ni.
Mana tahu, lepasni mereka bertiga jadi kawan baik. Kot kot Chef Wan pun nak keluarkan produk sendiri ke… Mana tahu kan. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Tindakan seorang lelaki tempatan berbangsa Cina menegur seorang individu yang dipercayai warga China kerana didakwa makan daging khinzir serta membawa anjing di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Simpang Pulai arah selatan menerima pujian ramai di media sosial
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuda Kepang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam
Qualcomm sedia mengumumkan acara tahunan mereka, Snapdragon Summit yang akan berlangsung pada 22 September kelak. Kebiasaannya, pada acara Snapdragon Summit, pihak Qualcomm akan mengambil peluang mengumumkan sejumlah perkara, termasuk memperkenalkan cip m
Polis menahan 10 remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar dipukul secara berkumpulan ketika dalam perjalanan ke Masjid Merotai Besar untuk menunaikan solat Jumaat, dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.
Semalam Nothing Phone (1) menerima kemas kini tampalan sekuritinya yang terakhir. Ia melengkapkan kitaran sokongan 3 kemas kini Android dan 4 tahun tampalan sekuriti yang dijanjikan Nothing semasa Phone (1) dilancarkan pada tahun 2022.Penamatan so
WhatsApp kini membolehkan pengguna menempah nama pengguna (username) lebih awal sebelum fungsi ini dilancarkan sepenuhnya hujung tahun. Langkah ini bertujuan melindungi nama penting seperti selebriti, kerajaan, dan akaun rasmi daripada disalah guna. Pengg
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melancarkan kempen Cashback Mai Langkawi Bayaq Satu, Free Satu! sebagai usaha memperkukuh pelancongan domestik serta menarik lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan Langkawi sebagai destinasi percutian pilihan.Pelanca
Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di seluruh negara diluluskan tambahan 100 liter sebulan di bawah program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), menjadikan jumlah kelayakan mereka meningkat kepada 300 liter sebulan bermula Julai 2026
Seorang wanita tempatan ditahan polis selepas dipercayai membiarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bukaan bumbung (sunroof) sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Lebuhraya Grand Saga, berhampiran Kampung Batu 10, Cheras, dalam kejadi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat parti politik yang berpakat untuk menjatuhkannya susulan ketegasan Kerajaan MADANI dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berpendapat, pendirian kerajaa