Keistimewaan Anak Sulung Yang Ibu Bapa Terlupa Hargai

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 15 Aug 2017 02:00:26

Sebagai ibu bapa kita kadang-kadang terlepas pandang dan tidak menghargai pengorbanan mereka.

Cuba anda ambil masa fikirkan apa yang mereka sudah lakukan untuk anda dan keluarga dan ucaplah sekurang-kurangnya ‘terima kasih’ atas bantuan dan pengorbanan mereka itu.

Penjaga adik

Apabila lahirnya seorang lagi anak, tugas ini memang tersedia untuk anak sulung. Tanpa sedar atau sengaja, ibu bapa akan meminta anak sulung menjaga adiknya walaupun ketika itu usianya seawal 3 tahun.

“Abang, tolong jaga adik sekejap. Ibu nak solat”. Namun selesai solat, kebiasaannya ibu akan terus memberikan tumpuan dan membelai adik tanpa mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan oleh anak sulung.

Pembantu ibu

Si ibu amat mempercayai bantuan anak sulung dalam kerja-kerja rumah yang ringan walaupun mereka masih kanak-kanak. Menjadi pembantu setia ibu dalam melakukan tugasan seperti membuang sampah, mengangkat kain dijemuran, cuci pinggan dan sebagainya mungkin pada pandangan anda anak sulung boleh diharap tetapi jangan lupa bahawa setiap yang mereka lakukan itu haruslah dihargai.

Mengalah dengan adik

Mengalah demi adik-adik. Frasa yang selalu didengari oleh anak sulung. Ibu bapa sebenarnya ingin berpesan dan memastikan si abang atau si kakak tidak bergaduh dengan si adik. Bagaimana anda menghargai anak sulung anda ini?

Contoh terbaik

Besarnya tanggungjawab anak sulung ini kerana anak sulung tiada pilihan lain selain menunjukkan contoh terbaik untuk adik-adik. Perangai, tindak tanduk anak sulung akan menjadi ikutan adik-adik. Oleh itu, setiap kebaikan yang anak sulung anda lakukan perlulah dihargai dan elakkan dari memarahi mereka di depan adik jika mereka melakukan kesilapan.
 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts