Keliru nama Cina, mayat mualaf dibakar sebelum tanam

by Oh! Semput


9
SHARES
118
VIEWS
Posted on 05 Jun 2017 04:01:12

Unit Forensik Hospital Kajang yang menguruskan mayat Lim Ah San dipercayai keliru apabila turut mengurus mayat Chu Kim San, 70-an. — Paparan skrin GoogleKAJANG, 5 Jun — Seorang mayat lelaki mualaf dibakar ekoran kekeliruan tercetus kerana namanya hampir sama dengan seorang lagi mayat sewaktu penyerahan.

Unit Forensik Hospital Kajang yang menguruskan mayat Lim Ah San atau nama Islamnya Hassan Abdullah, 74, dipercayai keliru apabila turut mengurus mayat Chu Kim San, 70-an,  lapor Harian Metro.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia dimaklumkan Hospital Kajang mengenai kematian Hassan yang menetap di pusat itu sejak tiga tahun lalu.

Pengarahnya Mohd Azmi Md Zain berkata mayat ditempatkan di Unit Forensik hospital tersebut sementara menunggu waris terdekat menuntut. 

“Kira-kira sejam kemudian, beberapa wakil pusat jagaan kami pergi ke Unit Forensik untuk menuntut mayat itu dan dimaklumkankan proses terbabit akan mengambil masa beberapa jam kerana perlu mematuhi beberapa prosedur.

“Pada jam 3 petang kami dibenarkan untuk memandikan jenazah mualaf terbabit tetapi kami terkejut apabila dimaklumkan jenazah itu sudah tiada dan diserahkan kepada wakil sebuah badan kebajikan dipercayai kerana keliru dengan nama cina kedua-dua mayat yang hampir sama,” katanya.

Katanya, pihak hospital segera menghubungi wakil badan kebajikan itu tetapi mayat Hassan dibawa ke pusat pengurusan mayat di Cheras dan dibakar.

Mohd Azmi berkata ekoran itu pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya menerima abu mayat tengah hari semalam untuk diuruskan mengikut cara Islam.

Wakil Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut hadir ketika pengebumian Hassan, yang meninggal dunia kerana sakit tua, semalam.

Hassan atau Lim memeluk Islam tahun lalu. Chu Kim San adalah penghuni Rumah Seri Kenangan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts