Kemas Kini iOS 16.0.2 Dilepaskan Dengan Sejumlah Baik Pulih Pepijat, Termasuk Isu Kamera Bergetar

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 23 Sep 2022 00:30:33

Hanya selepas dua minggu iOS 16 dilancarkan, Apple hari ini telah melepaskan kemas kini iOS 16.0.2 dengan sejumlah baik pulih pepijat untuk iPhone yang menjalankan iOS 16.

Menurut Apple, iOS 16.0.2 membaik pulih beberapa pepijat yang telah menjejaskan model iPhone 14 dan iPhone lain yang menjalankan iOS 16. Antaranya termasuk isu kamera bergetar dan menyebabkan gambar kabur apabila merakam dengan menggunakan aplikasi pihak ketiga pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, pop-up akses tampal yang berulang kali muncul dan sebagainya.

{suggest}

Kemas kini ini juga turut membaik pulih isu yang menyebabkan model iPhone X, XR dan iPhone 11 dengan gantian skrin menjadi gagal berfungsi selepas kemas kini iOS 16.

Berikut adalah senarai penuh bagi baik pulih pepijat dan kemas kini keselamatan yang penting, menurut Apple:

  • Camera may vibrate and cause blurry photos when shooting with some third-party apps on iPhone 14 Pro and iPhone 14 Pro Max
  • Display may appear completely black during device setup
  • Copy and paste between apps may cause a permission prompt to appear more than expected
  • VoiceOver may be unavailable after rebooting
  • Addresses an issue where touch input was unresponsive on some iPhone X, iPhone XR and iPhone 11 displays after being serviced

Seperti biasa, kemas kini boleh dilakukan melalui Settings > General > Software Update > Download and Install.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts