Kenapa Nii? Elizabeth Tan Menangis Ketika Merasmikan Single Terbaru “Darling”

by Oh! Semput


8
SHARES
109
VIEWS
Posted on 09 Aug 2017 02:01:00

 

Elizabeth Tan atau lebih mesra dikenali sebagai Lizzy gagal mengawal perasaan sedih apabila menceritakan kisah peribadi beliau kepada media dalam satu sesi bersama media hari ini di pejabat Warner Music Malaysia, Damansara.

Penyanyi dan model yang kini bergelar pelakon, Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy hari ini bersama Pengurus A&R Warner Music telah merasmikan single terbaru beliau yang berjudul Darling.

siapa sangka Lizzy hanya mengambil masa 30 minit untuk menulis lirik dan melodi bagi lagu Darling yang dijangka bakal hits seperti single nya yang lain sebelum ini.

Selepas Knock-Knock, Tabah dan lagu duet, Setia bersama Faizal Tahir, Lizzy tampil dengan Darling yang juga menjadi lagu OST bagi drama bersiri 20 episod terbitan Skop Productions Sdn Bhd , My Darling Inspektor Daniel.

Drama bersiri ini telah dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira, Siti Elizad dan Lizzy sendiri yang mengaku pada mulanya agak gementar apabila digandingkan dengan hero pujaan ramai ini.

– Hangat.com

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts