by Oh! Semput
KUANTAN: Kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bahawa persefahaman 'penyatuan ummah' hanya membabitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Dan tidak melibatkan negeri-negeri lain amatlah wajar.
Demikian ditegaskan oleh Aktivis Masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli ketika ditemui hari ini. Menurut Shukri, persefahaman itu bagi tujuan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) semata-mata seperti yang telah dipersetujui.
"Tidak ada sebarang MOU antara BN dan PN sebenarnya. Malah, persefahaman itu bukanlah bermakna terbentuknya satu gabungan baharu antara kedua-dua pihak.
"Maka itu tidak perlu timbul persoalan sesetengah pihak, selepas Negeri Sembilan maka Pahang harus mengikut jejak langkah tersebut", katanya.
Beliau turut menegaskan, situasi di Negeri Sembilan mahu pun Johor berbeza dengan Pahang sebenarnya.
"Wujud persefahaman di Negeri Sembilan kerana adanya PRN. Begitu juga di Johor, arahan ahli PAS mengundi calon BN kerana adanya PRN di Negeri terbabit", tambahnya.
Maka, jelasnya apa perlu persefahaman itu terpalit ke Pahang pula?
"Di Johor dan Negeri Sembilan, hubungan antara PH Dan BN bermasalah, walau pun diperingkat pusat wujudnya Kerajaan Perpaduan.
"Di Johor, seringkali dibangkitkan kenapa kerajaan negeri tidak libatkan PH bersama dan isu pertikaian terhadap kelulusan ADUN Lantikan pada Sidang DUN Negeri tersebut.
"Di Negeri Sembilan pula, isu penarikan sokongan ADUN BN terhadap pimpinan kerajaan negeri dan isu melibatkan adat", tambahnya.
Dakwa beliau, di Pahang situasi masih lagi stabil dan tidak ada gangguan oleh PH terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
"Justeru, tidak perlulah ditimbulkan persoalan tentang perlunya penyatuan ummah di Pahang. Kerajaan yang ada boleh meneruskan pentadbiran hingga habis penggal.
"Malah, dalam kedudukan kerusi BN dan PH yang seimbang 17-17, ia juga boleh menimbulkan masalah sebenarnya. BN Lainlah majoriti DUN BN lebih besar daripada PN, barulah boleh dilaksanakan.
"Saya bimbang nanti PN berebut soal MB, Lantikan jawatan penting dalam exco kerajaan negeri, GLC, PBT, MPKK dan sebagainya," katanya lagi.
Justeru, menurut Shukri adalah lebih baik kerajaan sedia ada (PHBN) terus dipertahankan. Beri laluan kepada MB uruskan pentadbiran tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.
Tambahnya, tiba masanya nanti (PRU16) barulah difikirkan soal persefahaman atau sebaliknya selepas menilai keputusan PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.
Buat masa ini, tidak relevan untuk diadakan persefahaman 'penyatuan ummah" di negeri lain termasuklah negeri Pahang ini katanya. #pahangdaily