by Oh! Semput
Kerajaan melaksanakan pelan tindakan secara berfasa bagi memperkukuh kawalan keselamatan dan proses saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta pintu masuk antarabangsa negara.
Langkah itu diambil bagi memastikan kegiatan pengedaran dadah secara besar-besaran tidak berulang, selain mempertingkatkan tahap keselamatan di pintu masuk negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 17 syor penambahbaikan keselamatan telah diluluskan Jemaah Menteri pada 19 Ogos lalu susulan beberapa insiden keselamatan di pintu masuk negara.

Pelan tindakan menerusi kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa melibatkan tempoh jangka pendek (sifar hingga enam bulan), sederhana (enam hingga 24 bulan) dan panjang (melebihi 24 bulan).
Fasa pertama memberi tumpuan kepada penutupan kelompongan kawalan secara optimum menggunakan punca kuasa, anggota dan aset sedia ada.
Antara langkah yang dilaksanakan dalam fasa pertama termasuk memperketat tapisan pas keselamatan, menjalankan ujian dadah secara rawak terhadap juruterbang serta kru penerbangan dan melaksanakan penggiliran tugas petugas di kawasan terhad.
Ini merangkumi mengetatkan tapisan e-Vetting pas keselamatan, penguatkuasaan ujian dadah rawak ke atas juruterbang dan kru penerbangan serta pusingan kerja berkala petugas zon terhad.

Perkara itu dimaklumkan menerusi jawapan bertulis kementerian berkenaan di Dewan Rakyat.
Pelan tindakan berkenaan memberi tumpuan kepada tiga teras utama, iaitu keselamatan penerbangan, keselamatan negara dan sempadan serta keselamatan fizikal dan perlindungan.
Pelaksanaan fasa seterusnya turut melibatkan pembangunan teknologi, aset dan sumber manusia bagi meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Kerajaan Perketat Kawalan Keselamatan KLIA, Juruterbang Dan Kru Penerbangan Jalani Ujian Dad*h Secara Rawak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.