Kerajaan Tidak Ambil Alih Datasonic Technologies – MKN

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 22 Aug 2026 14:30:14

Kerajaan menyatakan pendiriannya untuk tidak mengambil alih Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), syarikat yang terlibat dalam penyediaan kad pengenalan MyKad dan pasport Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan hari ini, susulan beberapa laporan sebelum ini mengenai kemungkinan kerajaan mengambil alih DTSB daripada syarikat induknya, NexG Bhd.

Dalam kenyataan tersebut, MKN berkata kerajaan sentiasa memberi keutamaan tertinggi kepada keselamatan dan kedaulatan identiti rakyat sebagai salah satu aset strategik negara. Kerajaan turut menyatakan bahawa usaha mengawal selia perkara berkenaan dilaksanakan melalui rangka kerja perundangan, kewangan, tadbir urus dan keselamatan.

Pada 20 Ogos lalu, NexG dilaporkan menerima permintaan untuk memberikan harga indikatif bagi kemungkinan pengambilalihan DTSB. NexG kemudian meletakkan nilai indikatif sekitar RM7.5 bilion berdasarkan penilaian dalaman awal, namun menegaskan ketika itu bahawa tiada keputusan dibuat untuk meneruskan transaksi dan tiada persetujuan dicapai dengan kerajaan.

Perkembangan terbaru daripada MKN ini bermakna kemungkinan pengambilalihan yang dilaporkan sebelum ini tidak akan berlaku.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI MENGENAI KESELAMATAN DAN KEDAULATAN IDENTITI RAKYAT#MalaysiaMADANI#TaatSetia #PemikiranStrategikPuncaKemenangan#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama pic.twitter.com/MNaSVoLpB5

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) August 22, 2026

Untuk rekod, DTSB merupakan anak syarikat milik penuh NexG dan terlibat dalam penyediaan identiti serta dokumen keselamatan negara. Syarikat itu merupakan pembekal MyKad dan turut terlibat dalam pembekalan pasport Malaysia, selain MyTentera dan MyPOCA berstruktur baharu.

Berbalik kepada konteks, MKN menegaskan kerajaan kekal komited untuk memastikan semua pihak yang terlibat terus menyediakan perkhidmatan yang selamat dan dipercayai kepada rakyat.

{suggest}

Kerajaan Tidak Ambil Alih Datasonic Technologies – MKN WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts