Ketumbuhan Salah Satu Faktor Isteri Sukar Hamil Fizo Omar

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 31 May 2017 12:01:06

Semalam, kita mendapat satu khabar gembira dimana isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim akhirnya hamil selepas empat tahun mereka mendirikan rumah tangga. Berita itu disampaikan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat menerusi akaun Facebooknya.

Menerusi portal mStar Online hari ini, Fizo memberitahu Mawar sukar untuk hamil berikutan faktor ketumbuhan. Isterinya itu pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut bersama Dr Hamid Arshad pada 16 Januari 2016.

Paling tepat untuk saya katakan, ia berkait-rapat dengan rezeki Allah namun saya percaya beberapa faktor lain turut menyumbang kepada permasalahan itu seperti pemakanan dan tekanan kerja kerana kami memang dikenali sebagai pasangan aktif bekerja. Tapi itulah, kalau Allah dah nak bagi selepas setahun lebih menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan tersebut, akhirnya kami terima berita gembira ini

Pada masa yang sama, Fizo sempat untuk memberikan nasihat kepada pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat. Fizo menasihati mereka agar lebih bersabar, tidak berputus asa dan percaya dengan setiap perancangan Allah SWT.

Terus berdoa, jangan berputus asa dan harus percaya rezeki Allah itu luas. Kalau Dia belum beri kita rezeki anak, mungkin dia beri dulu rezeki kesihatan dan kebahagian yang kita sendiri tidak sedar.

Berkat kesabaran Fizo dan Mawar, akhirnya mereka bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. Tentu sekali ia satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata saat mendapat berita gembira tersebut selepas empat tahun menanti. Semoga segalanya berjalan lancar sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin nanti.

Berita : mStar Online

: Beautifulnara

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts