by Oh! Semput
Syarikat bioteknologi global terkemuka dari Korea Selatan, CJ Bio dikhabarkan akan menamatkan salah satu operasi global kilang mereka yang terletak di Kerteh, Terengganu pada 15 Oktober 2026 ini.
Ia berdasarkan perkongsian di media sosial Facebook serta Threads oleh para pekerja kilang tersebut hari ini.
CJ Bio Malaysia Sdn Bhd (CJM) ialah sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan oleh CJ CheilJedang Corporation (pemegang saham utama) dari Korea Selatan.
CJM merupakan pengeluar asid amino makanan ternakan bertaraf global yang membekalkan produk kepada pelanggan di enam benua.
Dengan memanfaatkan teknologi penapaian mikrob, bioteknologi dan penulenan termaju milik CJ, CJM berupaya menjadi pengeluar bio-metionin berskala komersial yang pertama dan satu-satunya di dunia.
Syarikat ini mempunyai 9 kilang di 6 buah negara termasuklah 2 di China, 2 di Brazil, 2 di Indonesia, dan 1 masing-masing di AS, Vietnam dan Malaysia.
Ini bermakna, dengan penamatan operasinya di Malaysia, kilang pengeluaran produk CJ Bio kini tinggal 8 sahaja di seluruh dunia.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak CJ Bio Malaysia.
CJ Bio Malaysia Sdn Bhd merupakan antara kilang industri yang telah banyak menyumbang kepada ekonomi negeri Terengganu sepertiĀ menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
{suggest}
Kilang Bioteknologi Terkemuka Di Kerteh Dikhabar Akan Tamatkan Operasi Oktober Ini WISER.MY.