Kisah Pasangan Yang Bergelar Suami Isteri Selama 11 Hari Berakhir Dengan Begitu Sayu

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 12 Aug 2017 12:00:32

Kisah sedih memang menjadi asam garam dalam kehidupan manusia lebih-lebih lagi melibatkan pengorbanan dan begitu indahnya cinta.

Begitu juga dengan William Kent, 24, bertemu dengan bakal isterinya, Emma ketika masih di bangku sekolah.

Selepas bertahun-tahun bersama, William melamar Emma pada Hari Valentine pada tahun 2009 tetapi mereka memutuskan untuk menangguhkan perkahwinan mereka sehingga 2014 atas sebab-sebab kewangan.

Keadaan menjadi tegang pada bulan April apabila William mula mendapat sakit di bahagian lengan dan batuk yang sangat teruk.

Beliau disahkan mengidap kanser limfoma dan berlarutan selama 6 bulan sebelum ia merebak ke sistem saraf dan otak, yang mengakibatkan William tidak lagi dapat bertutur.

Pasangan itu telah memutuskan untuk berkahwin di hospital dan mengatur majlis kecil-kecilan pada 3 Oktober.

William, yang pada masa ini tidak lagi boleh bercakap, hanya dengan menekan tangan Emma menyatakan dia terima akan penikahan ini “I do”. Malangnya, William meninggal dunia 11 hari selepas perkahwinan bersama cinta hidupnya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts