Tok Him tak kisah, tetap nak cium tangan Mahathir

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 23 Nov 2016 09:01:05

Tun Dr Mahathir mengaku secara terbuka beliau malu mengaku Datuk Ibrahim Ali sebagai kawannya namun orang kuat PERKASA berkenaan tetap menghormati bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Malah Ibrahim juga berjanji untuk kekal dengan sikapnya terhadap Dr Mahathir sebelum ini.

“Tak apalah, saya tak kisah. Saya akan tetap anggap Tun bukan saja sebagai kawan (tetapi) negarawan terbilang. Saya tetap akan hormat beliau.

“Saya tetap hormat dan akan cium tangan Tun walaupun dia bawa lari (elakkan) tangan dia.

“Hormat tetap hormat, sayang tetap sayang. Saya bukan macam orang lain,” luahnya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir berkata beliau malu menyatakan Ibrahim adalah kawannya.

“Saya malu, dia kawan saya tapi tak mahu masuk BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pasal kita berkawan dengan DAP,” katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Menurut Dr Mahathir Ibrahim perlu melihat perbandingan antara DAP dan MCA walaupun menganggap parti pembangkang berkenaan – yang kini bersahabat dengan BERSATU – sebagai “jahat”.

Katanya, DAP secara terbuka mengisytiharkan mereka menghormati perlembagaan, kedudukan raja-raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara dan sebagainya.

“Adakah MCA atau MIC pernah melakukan perkara yang sama?” soalnya.

[Berita lanjut menyusul]

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts