Aedy buat tak kisah

by Oh! Semput


8
SHARES
109
VIEWS
Posted on 24 Jul 2017 22:01:08

Lumrah insan popular, segala pergerakan pasti menjadi perhatian umum. Itulah dilalui pelakon berbakat besar Aedy Ashraf yang menceburi dunia lakonan sedari usia lapan tahun.

Tidak terkecuali, tindakannya memuat naik gambar dan video yang menampakkan susuk tubuh di Instagram menjadi pendebatan hebat netizen.

Ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Global Station Sdn Bhd milik Datin Zation Mohd Jiwa di Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, jejaka berusia 24 tahun ini tenang apabila perkara itu dibangkitkan.

“Saya hanya menjadi diri sendiri. Selama ini saya berusaha keras mendapatkan susuk badan dambaan ramai lelaki. Jadi, apa salahnya saya kongsi di Instagram.

“Lagipun, saya bukan sengaja mahu cetus kontroversi. Ini kehidupan dan pilihan saya. Terpulang kepada khalayak mahu melihatnya atau tidak,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts