by Oh! Semput
Jika anda pernah mendengar ataupun menggunakan kamera kerdil Kodak Charmera, anda juga pasti pernah mendengar nama Reto, iaitu syarikat yang menerima lesen oleh Kodak untuk memperkenalkan pelbagai jenis kamera mampu milik di pasaran sekarang.

Kodak Charmera merupakan sebuah kamera kerdil yang boleh digunakan untuk mengambil gambar beresolusi rendah dan sebagai sebuah rantai kunci. Terkini, Reto telah memperkenalkan sebuah lagi kamera baru dengan nama Kodak yang dinamakan Kodak EC35.

Kodak EC35 merupakan sebuah kamera filem 35mm dengan lensa 25mm, aperture tetap f1/10, kelajuan pengatup 1/100 saat dan juga lampu flash terbina, yang memerlukan bateri AA untuk digunakan. Ia juga mempunyai penutup lensa yang juga berfungsi sebagai kunci pengatup yang memastikan bahawa kamera ini tidak mengambil gambar secara silap.
Kamera ini juga tampil dengan tujuh pilihan warna yang menarik seperti Midnight Black, Vanilla White, Butter Yellow, Lavender, Powder Blue, Blush Pink dan Avocado. Buat masa ini, kamera ini ditawarkan di pasaran-pasaran tertentu pada harga $35 (~RM140).
: Kodak