Kostum Halloween Selebriti; Antara Pelik, Menarik & Menakutkan.

by Oh! Semput


12
SHARES
158
VIEWS
Posted on 31 Oct 2016 10:00:30

Malam sambutan Halloween minggu lalu disambut penuh meriah di Amerika Syarikat. Yang mengujakan pabila sambutan ini tiba adalah untuk melihat gaya selebriti ternama tampil dengan kostum halloween masing-masing.

colton-haynes-halloween-costume-2016

Ada di antaranya yang tampil cukup bersahaja dan pandai dalam membawa karakter tersebut, tetapi tidak dinafikan ada juga yang tampil dengan kostum pelik dan agak menakutkan.

 

Nak tahu siapa? EH! himpunkan gambar selebriti antarabangsa dengan kostum sambutan Halloween di sini.

Cindy Crawford 

rs_1024x759-161029134012-1024-cindy-crawford-rande-gerber-cm-102916

Cindy bersama keluarganya mengadakan parti Halloween saban tahun dan kali ini, Crawford ternyata tampil berbeza sepenuhnya dengan kostum ala bintang rock. Bukan dia seorang sahaja, malah sekeluarga!

Nina Dobrev

nina-dobrev-et-son-deguisement-pour-le-moins

Kali ini Dobrev mengetepikan kostum berkonsepkan darker, tetapi memilih untuk tampil dengan persalinan berkuda. Bukan itu sahaja, malah Dobrev turut mengenakan baju bercorak usus dalaman ditemani sahabatnya yang memakai kostum seakan watak Leonardo Dicaprio di dalam filem The Revenant. 

Orlando Bloom dan Katy Perry

katy-perry-orlando-bloom-hillary-bill-clinton-halloween

Katy Perry tampil dengan idea yang cukup menarik pabila muncul ‘sempurna’ dalam gaya menyerupai Hillary Clinton. Yang menariknya, kekasih hatinya Orlando Bloom tidak muncul sebagai Bill Clinton sebaliknya dia tampil dalam kostum Donald Trump.

Bette Midler

gettyimages-618903924_gallery_main

Aktres Amerika ini tampil dengan kostum karakter kegemarannya menerusi filem Hocus Pocus, iaitu Winifred Sanderson.

Colton Hayness

rs_634x1024-161030165553-634-colton-haynes-miss-piggy-halloween-2016-instagram-kg-103016

Aktor dan model kacak ini ternyata tampil berani dengan kostum Miss Piggy. Pelik dan sangat menakutkan!

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts