Kucing Hidap Ketumbuhan Yang Besar Ini Telah Melalui Pembedahan Moden

by Oh! Semput


10
SHARES
128
VIEWS
Posted on 28 Dec 2016 07:00:31

Ini Keta, seekor kucing yang telah dibuang ketumbuhan pada mulutnya dan kini bersedia dengan kehidupannya yang lebih gembira!

Keta hanyalah seekor kucing terbiar dan telah diselamatkan oleh Unwanted NYC Pets dengan memberinya peluang kedua untuk hidup. Namun, pada mulanya mereka terpaksa menjaga ketumbuhan tersebut kerana ketumbuhan itu terlalu besar, sehinggakan wajah Keta berubah bentuk.


Setelah berjumpa dengan beberapa orang doktor, pasukan tersebut memutuskan untuk Keta menjalani pembedahan walaupun Keta mungkin akan kehilangan matanya, terpaksa makan menggunakan tiub, atau bentuk mukanya berubah sehinggakan tiada siapa yang akan memeliharanya. Syukurlah, tiada ada apa yang terjadi kepada Keta.

Keta melalui biopsi (pemeriksaan membuang tisu daripada badan untuk mengetahui keadaan dan punca sesuatu penyakit), imbasan x-ray, dan prosedur pembuangan ketumbuhan.

Kini, Keta semakin sembuh dan memerlukan sebuah rumah untuk melupakan kesakitan yang dialaminya.


Nakbebel

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts