Cara Kumpul Duit KAHWIN RM57234 Dan Beli RUMAH RM200000

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 26 Jul 2017 01:01:11

rumah.jpg

Cara Kumpul Duit Kahwin RM57,234 Dan Beli Rumah RM200,000!!

Pasangan Muda yang baru Nak berumahtangga dan impikan sebuah Rumah untuk mereka berdua di masa Akan datang. Boleh Cuba cara ini.

Gaji bersih: RM1,500

1) lelaki dan perempuan apply ASB financing RM50k dengan bayaran bulanan RM275 dan tempoh pembiayaan maksimum 30 tahun.

2) Tahun pertama kekalkan bayaran Selama satu tahun. Apply tambahan sijil kedua ASB financing RM50k, maksimum pembiayaan 30 tahun pada Tahun kedua. Selepas Dividen diumumkan, guna kan Dividen ini untuk pembayaran satu tahun sijil pertama RM50k (rolling Dividen). Guna kan cara ini selama 6 tahun.

3) Pada waktu ini komitmen kamu hanya RM275 untuk sijil kedua ASB financing. Kamu hanya Mengekalkan pembayaran RM275 sebulan selama tempoh 5 tahun untuk sijil kedua.

Selepas 6 tahun untuk sijil pertama dan 5 tahun untuk sijil kedua ASB financing. Stop kedua-Dua loan ni.

Hasilnya:

Sijil pertama

Baki principal: RM 4880

Dividen terakhir: RM 3,625

Jumlah: RM8505

Sijil kedua

Baki principal: RM 3958

Dividen terkumpul: RM16,154

Jumlah: RM20,112

Keseluruhan Kedua-Dua sijil berjumlah RM28,617 (seorang), RM57,234 (Dua orang)

Boleh guna kan duit ini untuk kahwin, Beli sebuah rumah berharga RM200,000 Serta lebihan simpanan cash untuk simpanan Selepas berkahwin

Jangan marah saya letak tempoh 6 tahun untuk beli rumah. Kita tengok hakikat hari ini, ramai orang yang bekerja lebih dari 6 tahun pon masih belum beli rumah.sekurang-kurangnya sebelum mampu beli rumah kita sediakan dahulu payungnya, bukan bocorkan lagi bumbungnya.

Moga ia bermanfaat untuk pasangan Muda yang bergaji Bawah RM2,000. Tiada yang mustahil. Selagi Kita punya niat yang baik dan berusaha, in shaa Allah kamu boleh laku kan.

Disclaimer: kiraan Dividen adalah mengikut kiraan 6.75 % tahun lepas.

: sehinggit

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts