Lakonan Shukri Yahaya Sebagai Kaki Pukul Dalam Drama Andainya Takdir Dipuji Netizen

by Oh! Semput


10
SHARES
135
VIEWS
Posted on 08 Jun 2017 02:01:05

Lakonan Shukri Yahaya Sebagai Kaki Pukul Dalam Drama Andainya Takdir Dipuji Netizen

Pelakon Shukri Yahaya sebelum ini cukup terkenal dengan watak romantis yang membuatkan hati ramai wanita di luar sana cair dengan kemanisan beliau. Namun, untuk drama Andainya Takdir yang kini ditayangkan di TV3, Shukri membawakan watak yang cukup berbeza.

Watak Airil yang dilakonkan oleh Shukri adalah seorang yang panas baran, cemburu buta sehingga sanggup memukul isterinya Fatihah yang dilakonkan oleh Nina Iskandar.

Menariknya, lakonan beliau sebagai kaki pukul dipuji penonton dan mereka merasakan Shukri seorang pelakon yang cukup berbakat serta berjaya menghidupkan karakter tersebut dengan baik.

Kami juga bersetuju bahawa lakonan Shukri menerusi drama berkenaan memang cukup mantap dan tampak begitu natural. Tidak hairanlah jika satu hari nanti beliau akan menjadi seorang pelakon yang disegani dan lebih popular berbanding sekarang. Ini namanya pelakon yang berkualiti.

: Beautifulnara

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts