'Langgar Lampu Isyarat, Polis Ini Saman Diri Sendiri..'

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 31 Oct 2016 14:00:33



FLORIDA, AMERIKA SYARIKAT - "Alamak! Itu adalah (kereta) saya sendiri," demikian kata seorang anggota polis bertindak mengeluarkan saman terhadap dirinya sendiri kerana melanggar peraturan jalan raya, lapor The Independent.

Pegawai Polis Tim Glover dari Haines City Police Deparment sebelum itu memeriksa rakaman lalu lintas untuk mengesan pesalah trafik.

Bagaimanapun, Tim ternampak sebuah kereta peronda melanggar lampu merah di satu persimpangan jalan raya.

"Saya kenal kereta peronda tersebut dan berharap ianya bukan saya," katanya.

Malangnya setelah melakukan pemeriksaan lanjut, dia mendapati bahawa individu berkenaan adalah dirinya sendiri yang baru pulang dari membeli sandwich untuk makan tengah hari.

Tim tidak menafikan bahawa dia mempunyai pilihan untuk mengabaikan video tersebut, sebaliknya dia menggunakan rakaman itu sebagai bukti untuk menyaman dirinya sendiri.
"Saya perlu bersikap adil kerana saya pernah memberi saman kepada kawan, rakan setugas dan juga ahli keluarga saya sendiri.

"Saya sudah diajar bahawa jika melakukan kesalahan, kita perlu bertanggungjawab dan kali ini saya perlu beri saman kepada diri saya sendiri," katanya.


Kereta peronda polis yang dipandu oleh Tim didapati melanggar lampu isyarat merah ketika pulang dari membeli sandwich untuk makan tengah hari.
Di atas kesalahan itu, Tim dikenakan denda AS$158 (RM664) dan diberi amaran.

Sementara itu, Ketua Polis Haines City, Jay Hopwood memuji kejujuran dan integriti Tim.

"Ciri-ciri tersebut yang menjadikan seorang anggota polis yang disegani. Jika anda tidak jujur dan berintegriti, anda hanya mencemarkan nama pihak berkuasa," katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts