Lebih mudah, sewa basikal di stesen komuter

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 10 Jun 2017 02:01:15

Pengurus pemasaran oBike Elaine Chan menunjukkan aplikasi membolehkan pengguna menyewa basikal. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 10 Jun — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui KTM Komuter semalam melancarkan perkhidmatan basikal oBike di stesennya dalam usaha meningkatkan kesalinghubungan rangkaian sistem pengangkutan awam. 

oBike adalah perkhidmatan perkongsian sewa basikal tanpa stesen.

Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan basikal tersebut yang berada di pelbagai lokasi melalui aplikasi oBike sebelum membuka kunci basikal menggunakan kod respons pantas dengan kadar caj RM1 setiap 15 minit. 

Pengurus Besar Servis Komuter KTMB Khair Johari Ishak berkata perkhidmatan basikal itu mampu menjadi pilihan mod pengangkutan pengguna untuk batuan pertama dan terakhir perjalanan selain menggalakkan gaya hidup sihat.

“Dengan perkhidmatan ini, pengguna boleh memilih untuk berbasikal daripada pelbagai lokasi ke stesen KTM terdekat sebelum menyambung perjalanan dengan komuter dan pengangkutan awam lain.

“Secara tidak langsung usaha ini akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam,” katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan tersebut di Stesen KTM Subang Jaya, dekat sini. 

Khair Johari berkata sebagai permulaan, stesen Subang Jaya menjadi projek perintis perkhidmatan itu sebelum ia diperluaskan ke stesen lain.

“Kita sedang kenal pasti stesen berhampiran dengan institusi pengajian tinggi dan tarikan pelancong kerana perkhidmatan komuter popular dalam kalangan pelajar,” katanya. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts