by Oh! Semput

SINGAPURA: Pihak polis sedang menyiasat seorang lelaki berusia 60 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu kes berkelakan nakal dalam sebuah bas awam.
Pada 4 Ogos yang lalu, polis menerima laporan daripada pengurusan sebuah syarikat bas mengenai salah satu daripada tempat-tempat duduknya yang berlubang kerana dicucuk dengan cungkil gigi.
Para pegawai daripada syarikat Transcom dan Divisyen Polis Clementi berjaya mengenal pasti identiti suspek setelah melakukan siasatan secara besar-besaran disamping dibantu dengan rakaman CCTV.
Siasatan terhadap suspek masih dijalankan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara untuk tempoh yang boleh dilanjutkan kepada dua tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali.
- CNA/AR/fa