by Oh! Semput
Seorang lelaki Korea Selatan dijumpai tergantung di tirai mandi di bilik mandi di apartmen Kiaramas Sutera malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mereka telah mendapat panggilan untuk membantu polis berikutan laporan yang dibuat oleh jiran kawasan tersebut yang menghidu bau busuk di apartmen molik lelaki tersebut. Enam anggota bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian di 23:28.
“Selepas bomba memecahkan pintu, pasukan itu melihat mayat seorang lelaki tergantung di bilik mandi,” katanya.
Lelaki itu hanya memakai sepasang seluar pendek dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih daripada 48 jam.