KULAI - Sejak semalam, tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik dua gambar yang memaparkan seorang lelaki menunjukkan beras plastik yang dibelinya di sebuah pasaraya terkenal di bandar ini.
Gambar Beras Hiasan Sahaja.
Turut ditunjukkan bersama lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Bhaskaran A/L A L Pathy, 61, dari Bandar Putra, Kulai, satu laporan polis yang telah dibuatnya berhubung pembelian beras di pasar raya terbabit yang didakwa adalah beras plastik.
Menurut Bhaskaran, pada 30 Mei lalu, dia telah berkunjung ke pasar raya yang popular itu dan membeli sejenis Beras Wangi Siam (Siam Fragrant Rice) seberat 5 kilogram yang berharga RM21.85.
Kata Bashkaran seperti yang dilaporkan kepada pihak polis, setelah memasak beras berkenaan, beliau mendapati beras tersebut sukar untuk dikunyah seperti biasa ketika memakannya. Disebabkan curiga dan rasa ingin tahu, dia telah membakar beras berkenaan serta mendapati beras tersebut berbau seperti plastik.
Bashkaran mengesyaki dan beranggapan beras tersebut adalah beras tiruan yang telah diperbuat daripada plastik.
Kerana tidak berpuas hati dengan keadaan itu, dia telah membuat laporan polis untuk merujuk kes tersebut kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi tindakan yang selanjutnya.
Gambar tersebut telah menarik perhatian netizen dengan ratusan perkongsian yang rata-rata diantara mereka menyuarakan pendapat masing-masing serta turut meluahkan kebimbangan mereka sekiranya termakan beras berkenaan yang dikatakan akan mempunyai kesan sampingan.
Walau bagaimanapun, netizen dinasihatkan agar tidak mempercayai berita ini sebelum mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa. Namun, sehingga kini masih belum ada mana-mana pihak yang terbabit tampil untuk memberikan penjelasan. Netizen mendesak pihak berkuasa supaya segera mengambil tindakan untuk mendapatkan pengesahan tentang kes ini agar tidak mendatangkan kebimbangan orang ramai. -
INFO:
Berikutnya adalah video untuk mengetahui bagaimana dan cara untuk membezakan beras tulen dan beras plastik, serta bagaimana ianya dilbuat.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan operasi bersepadu terhadap sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana yang disyaki mempunyai kaitan dengan penyebaran ajaran Syiah, hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.Pengarah JAIS, Dat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan menegaskan semua buku dan penulisan berkaitan agama wajar melalui semakan pihak berautoriti bagi memastikan ketepatan fakta, sekali gus memelihara kesucian Islam.Menerusi satu h
Kerajaan menambah baik pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan memperkenalkan mekanisme baharu yang membolehkan pemilik kenderaan memindahkan kelayakan subsidi diesel kepada ahli keluarga yang menggunakan kenderaan tersebut.Pelaksanaan turut
Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program seperti ini yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu bertujuan memastikan anggota ATM terlibat dalam aktiviti berfaedah di samping menjaga keseimbangan kesihatan mental dan fizikal.Pr
Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu lagi siri serangan ke atas beberapa sasaran ketenteraan di Iran pada 27 Jun selepas mendakwa Tehran gagal mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui susulan ketegangan di Selat Hormuz.Pasukan Koman
Seorang wanita mengalami kecederaan parah, manakala tujuh individu lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tujuh tan, sebuah Perodua Myvi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Noah di Kilometer 94, Lebuhraya Utara-Selatan (PL
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang perbuatan buli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) susulan satu kes yang didakwa berlaku di sebuah MRSM di Johor.Menerusi kenyataan di media sosial, pihaknya hanya me
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan percuma selama sebulan bagi Laluan LRT3 Shah Alam bermula esok sempena pembukaan rasmi laluan baharu yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia.Pengumuman itu dibuat ketika merasmikan
Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan sebuah kilang kitar semula di Batu 2, Kampung Durian, petang Sabtu.Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Alpian Abdu