Lelaki Maut, Motosikal Rempuh Belakang Kereta Rosak Di LPT

by Oh! Semput


10
SHARES
126
VIEWS
Posted on 11 Aug 2019 06:01:18


KEMAMAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang kereta Perodua Myvi yang diletakkan lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan di Kilometer 251, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Jabor dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.15 petang itu, Mohd. Yusoff Hamat, 56, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Yusoff yang menunggang motosikal Honda EX5 dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 telah merempuh belakang sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di tepi lebuh raya.

"Kereta dipandu seorang wanita berusia 29 tahun yang dalam perjalanan pulang ke kampung di Pasir Mas, Kelantan itu dikatakan mengalami kerosakan," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohd. Haki berkata, pegawai perubatan yang tergegas ke lokasi kejadian mengesahkan Mohd. Yusoff telah meninggal dunia sebelum mayat lelaki itu dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts