by Oh! Semput
Pelakon popular, Zara Zya, meluahkan ciri-ciri lelaki idamannya yang bukan sahaja berkarakter maskulin tetapi juga mempunyai kemahiran praktikal serta asas agama yang baik.

Foto: Harian Metro
Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, dia tertarik kepada lelaki yang mahir melakukan kerja-kerja pertukangan dan teknikal seperti menukang serta pendawaian.
Aktres itu turut mengakui dia menghargai lelaki yang mampu berdikari termasuk dalam aspek kehidupan harian seperti memasak.
Tambahnya, ciri tambahan yang dianggap sebagai satu kelebihan ialah apabila lelaki tersebut juga mempunyai pengetahuan agama yang mendalam, khususnya dalam bacaan al-Quran.

Artikel lain: Zara Zya tenang soal jodoh, utamakan kebahagiaan diri tanpa tekanan hidup berkeluarga
Sebelum ini, Zara mendedahkan dia tidak pernah berasa tertekan apabila diajukan soalan berkaitan jodoh, memandangkan keluarganya sentiasa memahami dan tidak pernah mendesaknya untuk berkahwin.
Menurut pelakon itu, dia bersyukur kerana keluarganya tidak pernah meletakkan sebarang tekanan mahupun kata putus berhubung soal pasangan hidupnya.
: Threads zarazya