by Oh! Semput
Seorang suspek cabul direman di ibu pejabat polis Kajang setelah meraba punggung remaja di Cheras, Khamis lalu. — Paparan skrin GoogleKAJANG, 3 Jun — Seorang lelaki yang mencabul remaja di parkir sebuah pusat beli-belah di Cheras berjaya ditahan selepas meraba mangsanya.
Berusia 26 tahun, suspek itu meraba punggung gadis berusia 15 tahun pada Khamis lalu sebelum tindakan tidak senonoh itu diadukan, lapor mStar Online.
Ketua polis daerah Kajang berkata lelaki itu ditahan jam 4 petang di lokasi insiden itu setelah pengawal keselamatan dan polis dimaklumkan.
ACP Othman Nanyan berkata, pada hari kejadian, remaja itu sempat lari tetapi dikejar suspek yang cuba memeluknya dari belakang tetapi tidak berjaya.
Seorang rakan mangsa juga mengadu dicabul lelaki sama, yang kini ditahan reman sehingga Ahad di ibu pejabat polis Kajang.