Lelaki Tular Tengking Isteri Depan Restoran Makanan Segera Tampil Mohon Maaf – “Biasalah, Saya Insan Yang Lemah”

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 17 Jun 2026 13:32:39

Lelaki yang tular selepas didakwa menengking isterinya di hadapan sebuah restoran makanan segera berhampiran Lapangan Terbang Senai akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi beberapa hantaran di Facebook, lelaki dikenali sebagai Mohd. Hakeem itu mengakui kesilapan yang berlaku dan berjanji akan memperbaiki sikapnya pada masa akan datang.

Advertisement

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia mahu pergi bekerja, manakala isterinya ingin menyambung kerja lebih masa (OT).

“Assalamualaikum kepada semua orang nak tahu cerita sebenar, aku nak pergi kerja, bini pula nak sambung OT. Itu yang aku marah,” katanya.

Mohd. Hakeem turut memohon maaf kepada orang ramai sekiranya tindakannya itu mengganggu atau menimbulkan rasa kurang senang.

“Maaf ya kalau buat anda semua terganggu. Biasalah insan yang lemah, banyak kekurangan,” ujarnya.

Dalam hantaran berasingan, lelaki itu sekali lagi memohon maaf dan menyatakan kesediaannya untuk berubah menjadi individu yang lebih baik.

“Sekali lagi saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam hidup saya. Insya-Allah saya akan ubah sikap saya yang tidak baik.”

“Saya doakan semoga semua yang terlibat dalam hidup saya diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Insan yang penuh dengan kekurangan,” katanya.

Malah, Mohd. Hakeem turut memuat naik satu lagi hantaran menyatakan kesediaannya untuk berjumpa dengan mana-mana pihak yang mahu mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.

“Lelaki Lembik, Tinggal Je Kak!” – Netizen Berang Suami Mengamuk Tinggal Anak Depan Tempat Kerja Isteri

Terdahulu, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki didakwa menengking isterinya yang sedang bekerja sambil mendukung anak mereka di hadapan sebuah restoran makanan segera di Senai, Johor.

Insiden itu mengundang kecaman ramai netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di tempat kerja isterinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-17 10:58:13

"Lelaki Lembik, Tinggal Je Kak!" - Netizen Berang Suami Mengamuk Tinggal Anak Depan Tempat Kerja Isteri

Lelaki Tular Tengking Isteri Depan Restoran Makanan Segera Tampil Mohon Maaf – “Biasalah, Saya Insan Yang Lemah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts