Lenovo ThinkPad E14 Gen8 Dengan Kemaskini Cip Intel Wildcat Lake Kini Ditawarkan Di Pasaran Malaysia

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 13 Jul 2026 07:03:55

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba yang hadir dengan rekaan minimalis tetapi lasak dan cip pemprosesan yang cukup berkuasa untuk melakukan pelbagai tugasan produktiviti pejabat dan mempunyai jangka hayat bateri yang panjang, Lenovo ThinkPad E14 Gen8 telah dikemaskini dengan cip pemprosesan Intel Core 300 “Wildcat Lake” yang merupakan cip pemprosesan mampu milik terbaru Intel.

Lenovo ThinkPad E14 Gen8 ini hadir dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core 3 304, Intel Core 5 315, Intel Core 5 320 dan Intel Core 7 350 dengan penawaran memori DDR5 dari 8GB sehingga 32GB dan storan SSD PCIe 4.0 dari 256GB sehinggalah 1TB.

Dari segi paparan pula, ia hadir dengan panel IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi 1920×1200 dan pengguna boleh memilih untuk mendapatkan panel dengan skrin sesentuh ataupun tidak. Dari segi pilihan palam pula, ThinkPad E14 Gen8 ini hadir dengan dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB Type-A, satu palam HDMI 2.1, satu palam audio 3.5mm dan satu palam RJ-45 untuk sambungan internet berwayar.

Pengguna juga diberi pilihan untuk memuatkan komputer riba ini dengan pilihan bateri 48WHr ataupun 64WHr dengan penambahan harga yang tidak begitu mahal.

Komputer riba Lenovo ThinkPad E14 Gen8 dengan cip pemprosesan yang dikemaskini cip Intel Wildcat Lake ini boleh didapati melalui laman web Lenovo Malaysia ataupun pengedar rasmi tempatan pada harga permulaan RM6222 untuk konfigurasi Intel Core 5 315, 8GB memori DDR5 dan 256GB storan SSD.

: Lenovo Malaysia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts