Liyana Jasmay: Saya Bukanlah Anak Orang Kaya

by Oh! Semput


HOME Posted on 28 Oct 2016 10:00:04



Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay memberitahu pembikinan dua klip videonya di Los Angeles untuk single yang terbaru berjudul Oh Na Na dan Selesa Tanpamu bukanlah mengambil kesempatan di atas kekayaan keluarganya untuk membuat klip video di negara luar, sebaliknya atas usaha gigih dan inisiatifnya sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang baru buat industri muzik tanah air.

BACA: Orang Sabah Tidak Puas Hati Dengan Liyana Jasmay?

“Saya pergi menjalankan penggambaran, dan begitu berusaha sehingga saya tinggal di kawasan Brooklyn yang mana tempat itu ialah kawasan paling bahaya kerana setiap hari ada yang kena rompak. Tinggal di kawasan tersebut sebab bajet.

“Klip video ini tak mencecah sehingga ratusan ribu ringgit paling maksimum sekitar RM70 ribu sahaja, disebabkan juga saya mengenali seorang kenalan yang sedang belajar di sana, memudahkan urusan kami untuk menjalankan penggambaran klip video di sana”

Saya ini bukanlah anak orang kaya, saya biasa-biasa sahaja. Ada anak orang kaya yang malas dan hanya guna duit bapanya, ada juga kawan-kawan saya yang bagus buat bisnes sendiri lagi. Saya suka cabar diri sendiri serta pengalaman lepas banyak mengajar saya,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Lagu dan Video Muzik Oh Na Na, dan Selesa Tanpamu.

Dalam klip video tersebut juga, Liyana telah berpasangan dengan jejaka mat salleh, yang menjadi model dalam klip videonya, pun begitu sepanjang proses penggambaran itu dijalankan Liyana berkata, lelaki mat salleh itu begitu profesional begitu juga dengan suaminya yang menemaninya di lokasi penggambaran tersebut.

“Orang putih dia bukan macam orang melayu, kalau berlakon dah feeling lebih. Orang putih sangat profesional, lagipun tak ada banyak aksi bersentuhan cuma waktu babak menari sahaja,” katanya yang akan melancarkan album penuh pertamanya pada tahun hadapan. (rtky/h)

7-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya 6-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya 5-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya 4-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya 2-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya 1-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...