Liyana Jasmay Rakam Dua Video Muzik Di Los Angeles

by Oh! Semput


7
SHARES
94
VIEWS
Posted on 31 Oct 2016 04:00:22

Selepas menyepi dalam dunia nyanyian, Liyana Jamsay hadir dengan dua single baru.

img_7368

Oh Na Na dan Selesa Tanpamu menjadi buah tangan baru Liyana Jasmay buat peminat setianya. Dilancarkan pada Khamis lalu, kedua-dua buah lagu ini dicipta oleh Alif yang juga merupakan anggota kumpulan Sleeq.

Selesa Tanpamu menyaksikan gabungan suara Liyana bersama Syarif (Sleeq) dan lagu ini dirakamkan di Singapura. Bagi Liyana pengalaman merakamkan Selesa Tanpamu di Singapura menyajikannya dengan satu pengalaman baru selain memberi ruang untuknya mengenali pembikin muzik di sana.

img_7360

img_7341

Menurut Liyana, dia inginkan sesuatu yang baru dan berbeza berbanding dengan apa yang pernah dirakamkannya sebelum ini, dan dia sememangnya mencari komposer yang dapat memberikannya satu ritma yang baru dan dalam masa yang sama sesuai dengan kemampuannya sebagai seorang penyanyi.

Kedua-dua single ini dilancarkan dalam satu majlis yang cukup istimewa yang mana Liyana Jasmay menjalin kerjasama dengan H Live, yang mana kerjasama ini dinamakan sebagai H Live X LJ. Para penonton H Live minggu lalu berpeluang menonton sebuah dokumentari eksklusif yang mana menerusi program berdurasi 22 minit ini penonton dapat melihat klip belakang tabir proses menyempurnakan kedua-dua single tersebut. Dokumentari ini diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar yang juga mengarahkan video muzik Liyana yang pertama pada tahun 2009.

img_7287

img_7257-1

Video muzik untuk Oh Na Na dan Selesa Tanpamu dirakamkan di Los Angeles dan dikemudi oleh pengarah baru, Jeany Amir. Penggambaran berlangsung selama empat hari dan dirakamkan di sekitar Venice Beach, Palm Springs dan Malibu Beach. Buat masa ini hanya video muzik Oh Na Na yang sudah dilancarkan, dan perjalanan kisah yang dipaparkan dalam video muzik ini akan bersambung di dalam video muzik Selesa Tanpamu yang akan dilancarkan kemudian. Jom tonton video muzik Oh Na Na.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts