London diserang, MAS tawar pulangan tiket

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 04 Jun 2017 09:01:24

Pelanggan yang ingin membatalkan perjalanan pada 3 hingga 5 Jun boleh menghubungi pejabat atau di talian 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7863 3000 (luar Malaysia) untuk mendapat semula bayaran penuh. — Foto AFPPelanggan yang ingin membatalkan perjalanan pada 3 hingga 5 Jun boleh menghubungi pejabat atau di talian 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7863 3000 (luar Malaysia) untuk mendapat semula bayaran penuh. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 4 Jun — Malaysia Airlines Berhad (MAB) menawarkan pemulangan bayaran tiket penerbangan ke London selepas insiden serangan kota London malam tadi.

Mana-mana pelanggan yang ingin membatalkan perjalanan pada 3 hingga 5 Jun boleh menghubungi pejabat atau di talian 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7863 3000 (luar Malaysia) untuk mendapat semula bayaran penuh.

“Pelanggan yang mahu menempah semula penerbangan dari 3, 4, atau 5 Jun boleh berbuat demikian tanpa bayaran penalti atau tambahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sekurang-kurangnya enam maut dan 50 orang dilaporkan cedera dalam serangan dekat Jambatan London 10 malam tadi waktu tempatan.

Penyerang dikatakan merempuh pejalan kaki dengan van serta menikam orang awam secara rawak sebelum ditembak mati polis.  

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts