"Macam Mana Ada Dadah Dalam Beg?" - Ditahan Selepas Polis Temui 53 Pil Eramin 5, Netizen 'Serang' Instagram Uqasha Senrose

by Oh! Semput


55
SHARES
713
VIEWS
Posted on 06 May 2018 18:00:19

7 Mei 2018. 12.07 AM

3,869

Hiburan

Pelakon Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemui enam ‘aluminium foil’ mengandungi 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan miliknya pagi semalam.

Menurut sumber, dadah terbabit ditemui selepas Uqasha dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 11.45 pagi semalam.

"Pelakon yang memandu Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV di jalan terbabit. Anggota polis ke lokasi kejadian kemudian membawanya ke balai polis itu untuk pemeriksaan lanjut.

"Sebaik tiba di balai, anggota polis wanita membuat pemeriksaan tubuh pelakon berkenaan dan menemui 53 pil eramin 5 yang dianggarkan seberat 14.74 gram dalam beg tangan miliknya.

"Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon itu didapati negatif. Dia kini ditahan di balai polis itu untuk siasatan lanjut," katanya.

Menerusi laman sosial Facebook 'Info Road JPJ/POLIS', sekeping foto Uqasha bersama kapsyen yang dipercayai laporan polis telah menjadi viral dan dikongsikan oleh netizen.


Laman sosial Instagram milik Uqasha juga menjadi sasaran netizen yang meninggalkan komen untuk 'menyerang' kakak kepada aktres Nelydia Senrose itu.



Namun begitu, Uqasha kini telah menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya.

: Harian Metro, Facebook Info Road JPJ/POLIS.
Teks: Kamaruddin Razal

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts