by Oh! Semput
Tindakan pelakon Yusuf Bahrin memuat naik sebuah video memaparkan rutin hariannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi video tersebut, Yusuf atau nama penuhnya Muhammad Yusuf Bahrin berkongsi beberapa aktiviti yang dilakukan termasuk bersenam di gimnasium dan menjalani penggambaran.
Dalam masa sama, bekas suami penyanyi Zizi Kirana itu turut berkongsi pandangannya mengenai makna kebebasan yang sebenar menerusi kapsyen yang dimuat naik.
“Semakin dewasa, semakin saya faham bahawa kebebasan bukan sekadar tentang duit. Tentang memiliki kebebasan untuk meluangkan masa pada perkara yang benar-benar penting.”
“Apa yang paling bernilai bagi kalian sekarang, masa atau duit?” katanya.
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai pengikutnya yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.
@yusuf_bahrin Not everyone will understand it yet. And… that’s okay. Setuju ?
Malah, ada netizen yang memuji penampilan Yusuf dan menyifatkan pelakon itu semakin menyerlah sejak kembali bergelar solo.
“Wah! Lain macam dia sejak kembali solo.”
“Kacak betul, nombor dua selepas Zul Ariffin.”
“Dia ‘belanja’ badan nampak pusat pula!” usik netizen.
Untuk rekod, Yusuf pada 2 April lalu sah bercerai talak satu dengan penyanyi Zizi Kirana menerusi prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Lain Macam Dia Ni Sejak Cerai” – Hantaran Media Sosial Yusuf Bahrin Curi Tumpuan Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.