Tun Mahathir Persoal Tindakan Pembatalan Debat

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 02 Apr 2017 05:00:45

Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan polis yang membatalkan program debat beliau dengan Datuk Seri Nazri Aziz

Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dalam satu surat kepada Kumpulan Media Karangkraf selaku penganjur debat itu memaklumkan bahawa  kelulusan itu dibatalkan atas deban untuk menjaga kepentingn ketenteraman awam berikutan aduan daripada penduduk setempat.

Mahathir menegaskan bahawa lokasi debat itu hanya di pejabat Karangkraf di Shah Alam, adalah kawasan perindustrian.

“Petang tadi saya dapat maklumat, polis kata tak boleh, kononnya ada orang-orang di situ buat laporan, takut jadi huru hara.

“Bukan ada siapa pun duduk di situ, yang ada kilang saja. Jadi sekali lagi dibatal. ” kata Mahathir dalam satu ceramah anjuran BERSATU di Cheng, Melaka malam tadi.

Debat sebelum ini sepatutnya berlangsung pada 25 Mac di Kuala Kangsar tetapi dibatalkan selepas polis Perak enggan memberi kelulusan. Selepas itu, pihak Karangkraf bertindak selaku pengamjur mencadangkan ia diadakan di Shah Alam.

Walaubagaimanpun, Pengarah Urusan kumpulan itu, Datuk Hussamuddin Yaacob melalui akaun Twitter beliau semalam mengumumkan pembatalan acara itu sehari selepas polis Shah Alam memberi kebenaran.

“Pelik, dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!!” katanya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts