Makluman: Lindung 24 Jam Sukarela Bagi Pekerja Tempatan, tetapi Kekal Mandatori untuk Pekerja Asing

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 09 Jul 2026 11:30:29

alt

Menurut Kementerian Manusia (KESUMA):

Keputusan Jemaah Menteri berhubung pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah diambil setelah meneliti segenap pandangan rakyat.

Sehubungan itu, Jemaah Menteri memutuskan bahawa caruman bagi Skim LINDUNG 24 Jam tidak lagi bersifat mandatori untuk pekerja tempatan, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan ini memberi ruang kepada pekerja tempatan untuk membuat pilihan sama ada ingin mencarum di bawah skim tersebut mengikut keperluan dan pertimbangan masing-masing. Mekanisme pelaksanaan serta proses penyertaan secara sukarela bagi pekerja tempatan akan diumumkan oleh pihak PERKESO dalam tempoh yang terdekat. Caruman Skim LINDUNG 24 Jam kekal mandatori bagi pekerja asing dan akan terus dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Walaupun pelaksanaannya kini adalah secara sukarela bagi pekerja tempatan, PERKESO ingin menegaskan bahawa Skim LINDUNG 24 Jam masih merupakan inisiatif penting yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja sekiranya mengalami kemalangan di luar waktu dan tempat kerja, termasuk ketika menjalankan aktiviti harian. Malah, tekad memastikan kebajikan dan keselamatan sosial seluruh tenaga kerja di Malaysia sentiasa menjadi keutamaan tertinggi PERKESO sebagai agensi naungan KESUMA.

KESUMA akan meneliti semula mekanisme pelaksanaan skim ini menjelang penghujung tahun. Ini termasuk aspek hala tuju dasar, keberkesanan pelaksanaan serta kemampanan dana bagi memastikan skim ini kekal mampan dan memberi manfaat kepada rakyat. Sekiranya diperlukan, hasil penelitian tersebut akan dibentangkan ke Parlimen bagi cadangan pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4].

PERKESO akan terus memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan sosial serta memastikan rakyat mendapat maklumat yang jelas dan tepat mengenai manfaat skim ini agar mereka dapat membuat keputusan yang terbaik.

SUMBER:

Facebook Rasmi KESUMA

Instagram Rasmi KESUMA

X Rasmi KESUMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts