Makluman: Pelaksanaan Projek Menaik Taraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18 di Pulau Pinang

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 15 Jun 2026 15:00:24

alt

Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA):

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus komited dalam memperkukuh infrastruktur tebatan banjir bagi mengurangkan risiko banjir kilat serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di Negeri Pulau Pinang.

Timbalan Menteri PETRA, YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau kemajuan Projek Menaik Taraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18 di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Projek bernilai RM6.3 juta itu merupakan antara inisiatif kerajaan dalam menangani isu banjir kilat di kawasan George Town dan dijangka siap sepenuhnya pada 19 Jun 2026.

Skop projek meliputi kerja-kerja menaik taraf tiga unit pam, struktur kolam, sistem mekanikal dan bekalan elektrik serta pengorekan enapan bagi meningkatkan kapasiti kolam takungan. Penambahbaikan ini dilaksanakan bagi memastikan sistem saliran bandar dapat berfungsi dengan lebih cekap, memandangkan struktur kolam dan rumah pam sedia ada telah beroperasi sejak tahun 2007.

Pelaksanaan projek ini juga mengambil kira cabaran perubahan corak cuaca, termasuk peralihan monsun dan taburan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir kilat apabila melebihi kapasiti sistem perparitan sedia ada. Setelah siap, projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 39,550 penduduk setempat dengan mengurangkan risiko banjir kilat serta melindungi harta benda dan infrastruktur awam di kawasan George Town

SUMBER:

Facebook Rasmi PETRA

Instagram Rasmi PETRA

X Rasmi PETRA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts