Makluman: Penutupan Jalan di Jambatan Jalan Yew Bagi Kerja- Kerja Launching Beam untuk Projek Peningkatan dan Pelebaran Jalan

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 11 Jun 2026 15:00:34

alt

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):

Dimaklumkan bahawa Tetuan Pertama Makmur merupakan kontraktor utama yang dilantik bagi melaksanakan Projek Peningkatan dan Pelebaran Jalan Yew yang telah bermula pada Oktober 2021 dan dijangka siap pada Julai 2026.

Kerja-kerja pelancaran rasuk (launching beam) akan dilaksanakan pada 11 Jun 2026 hingga 13 Jun 2026 bermula jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi. Sehubungan itu, Jambatan Jalan Yew di kedua-dua arah antara Jalan Tun Razak dan Jalan Sungai Besi akan ditutup sepenuhnya kepada semua lalu lintas sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.

Pengguna jalan raya boleh menggunakan Jalan Pudu, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Cheras melalui Bulatan Kampung Pandan sebagai laluan alternatif. Orang ramai juga dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda lalu lintas yang disediakan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

SUMBER:

Facebook Rasmi DBKL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts