by Oh! Semput

Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA):
MBSA ingin memaklumkan bahawa beberapa laluan jalan di sekitar Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan ditutup sementara pada 14 Jun 2026 (Ahad) bermula jam 6.30 pagi hingga 11.30 pagi sempena penganjuran Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan (SAHTK) Edisi Jun 2026.
Penutupan jalan ini adalah bagi memastikan kelancaran program serta keselamatan para peserta dan pengunjung yang hadir memeriahkan acara tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan jalan dilaksanakan. Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amat dihargai bagi memastikan program ini dapat berlangsung dengan lancar.
SUMBER: