by Oh! Semput
BANGI: Enam peserta tempat ke peringkat akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 bagi kategori Antarabangsa dan Alam Melayu diisi oleh peserta dari Afghanistan, Palestin, China, dan Jepun.
Mereka terdiri daripada Abdul Matin Mohammad Azeem, Abdulrahman Khaled Hassan Saeed, Ma Xiao, Hassan Radwan,Rimajon Sotlikova dan Lisa Shimazaki.
Tiga peserta kategori pelajar antarabangsa di Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir, dari kiri: Hassan Ridwan,UIAM (Palestin); Abdulrahman Khaled Hassan Saeed, UTP (Yemen) dan Abdul Matin Mohanmad Azeem, UIAM (Afghanistan).Foto: Riza RazakTurut layak untuk pertandingan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) adalah tiga peserta bagi kategori Alam Melayu iaitu dari Malaysia Muhamad Sharulnizam Bin Md Roni dan Noor Haqim Bin Noor Hamidun; dan Singapura, Ahnad Aidil Bin Sa’dullah.
Antara peserta kategori antarabangsa yang layak ke peringkat akhir PABM 2017,dari kiri: Lisa Shimazaki (Jepun); Ma Xiao (China) dan Rimajon Sotlikova (Uzbekistan).Foto: Riza RazakMenurut Penyelaras Bahagian Teknikal dan Penghakiman PABM, Mazlena Mohamad Hussain, persembahan para peserta ternyata menunjukkan peningkatan.
“Keputusan yang dibuat oleh para juri adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
“Kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi pada tahun hadapan,” katanya ketika mengumumkan keputusan tersebut di sini hari ini.
Peserta yang mewakili Alam Melayu, dari kiri: Muhamad Sharulnizam Bin Md Roni (Malaysia),Ahmad Aidil Hadri Bin Sa’dullah (Singapura) dan Noor Haqim Bin Noor Hamidun (Malaysia). Foto: Riza RazakSeramai 52 peserta dari 35 negara telah menyertai PABM pada kali ini yang bermula sejak Khamis lalu.
Johan bagi setiap kategori akan menerima piala pusingan Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai RM20,000, hadiah iringan dan sijil.
Naib johan (setiap kategori) akan menerima piala iringan, wang tunai RM12,000, hadiah iringan dan sijil manakala tempat ketiga (setiap kategori) akan menerima piala iringan, wang tunai RM8,000, hadiah iringan dan sijil.-MYNEWSHUB.CC
Loading...