Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 19 Oct 2026 14:30:14

Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya 50% daripada 34 lebuh raya di seluruh negara dilengkapi teknologi Lebuh Raya Pintar (Smart Highway) bagi meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keupayaan sistem pengangkutan negara.

Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sasaran itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperluas penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan sistem pengangkutan pintar bagi melancarkan aliran trafik serta menambah baik pengalaman perjalanan pengguna.

Inisiatif Lebuh Raya Pintar ini merangkumi penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) pintar, sistem pengesanan dan amaran awal bagi insiden berisiko tinggi termasuk kemalangan, lampu jalan berkuasa solar, aplikasi mobiliti digital serta infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Bagi memperkukuh pengurusan trafik, Kementerian Kerja Raya memaklumkan Malaysia turut mengutamakan pembangunan Pusat Pengurusan Trafik Pintar Kebangsaan (NITMC). Pusat ini akan menyokong pemantauan trafik masa nyata, analisis data bersepadu dan penyelarasan pengurusan trafik.

Selain itu, Sistem Kutipan Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi-Lane Free Flow, MLFF) juga menjadi salah satu komponen utama Lebuh Raya Pintar. Sistem ini membolehkan kenderaan melalui lokasi kutipan tol tanpa perlu berhenti di palang, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan dan menjimatkan masa perjalanan.

MALAYSIA SASAR SEKURANG-KURANGNYA 50 PERATUS LEBUH RAYA DILENGKAPI TEKNOLOGI PINTAR #KKR#MYJalan#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja pic.twitter.com/vaT4eVuq4o

— Kementerian Kerja Raya Malaysia (@moworksmy) October 19, 2026

Dalam usaha memperkukuh pembangunan teknologi pengangkutan pintar, delegasi Malaysia turut dijadualkan mengadakan beberapa mesyuarat dan lawatan teknikal ke agensi tempatan di Gangneung, Korea Selatan. Lawatan itu bertujuan meneliti pelaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) di negara berkenaan, selain meneroka peluang kerjasama, perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi.

Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh akan menjadi input kepada usaha memperkukuh perancangan, pengoperasian serta pengurusan infrastruktur jalan raya negara melalui penggunaan teknologi dan data.

Lawatan tersebut berlangsung sempena Kongres Dunia Sistem Pengangkutan Pintar (ITS World Congress) 2026 yang diadakan dari 19 hingga 23 Oktober 2026 di Gangneung Olympic Park, Korea Selatan. Kongres itu dijangka menghimpunkan sekitar 60,000 peserta dan 420 pempamer bagi perkongsian kepakaran, pameran inovasi serta penerokaan teknologi pengangkutan pintar.

{suggest}

Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts