Anda Mampu Mengekalkan Keremajaan Wajah, Dan Tampak Awet Muda, Dengan Hanya Memakan Buah Ini..

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 23 Nov 2016 15:00:35


Terdapat pelbagai produk penjagaan diri dan kecantikan yang dijual pada masa kini, ianya sudah menjadi trend untuk memastikan diri sentiasa tampak anggun dan bergaya. Tetapi, untuk kelihatan cantik, pastinya akan memakan belanja yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi dalam pembelian produk yang berjenama.

Umum juga sudah mengetahui, selain dari produk tambahan yang digunakan, faktor pemakanan juga menjadi salah satu cara untuk membantu penjagaan diri. Terdapat buah-buahan atau sayur-sayuran yang boleh digunakan, dalam memastikan kulit wajah bersih dan berseri. Antaranya adalah, timun, tomato, buah beri, mahu pun biji-bijian (kacang merah atau kacang polong).

Namun, tahukah anda, labu juga mempunyai kehebatan yang sama, kajian telah dijalankan oleh penyelidik, dan labu terbukti dalam membantu mengembalikan keremajaan wajah. Dari isi hingga ke biji, setiap darinya mempunyai kebaikan yang tersendiri. 


Vitamin A & Antioksida

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Pemakanan Nutrisi dari Universiti Cambridge, England, Dr. Marilyn Glenville mendapati, labu mengandungi khasiat vitamin A serta kaya dengan antioksida yang tinggi bagi mengawal paras kolesterol.

Tabiat memakan labu juga didapati membantu mengekalkan keremajaan wajah serta dapat mencegah seseorang daripada mendapat kanser.

Biji Labu

Biji labu juga mengandungi khasiat gamma-tocopherol serta vitamin E yang baik untuk mencegah kanser, berdasarkan kajian lanjut yang telah dijalankan. 

Menurunkan Berat Badan

Dr Marilyn Glenville juga menyatakan, manfaat pengambilan makanan berasaskan labu juga bagus untuk seseorang, yang ingin menurunkan berat badan kerana kandungan kalori dan karbohidratnya yang rendah.

Menerusi penulisan Glenville di dalam bukunya yang bertajuk, Natural Alternatives to Sugar, kandungan fiber pada labu cukup untuk membuatkan seseorang itu berasa kenyang sepanjang hari 

Menegang Dan Menghaluskan Kulit

Selain baik untuk tubuh badan, labu juga bagus untuk kulit kerana mengandungi beta carotene dan vitamin A yang berupaya menjadikan kulit lebih tegang dan halus.


Anda mungkin boleh menjadikan labu sebagai hidangan harian anda, pelbagaikan cara masakan menggunakan labu, dan anda mampu untuk mengekalkan awet muda, serta dapat menjaga wajah dan memiliki badan yang ideal. Jom kita makan dengan sihat.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts