Masalah Rumah Tangga, Ezlynn Dikejarkan Ke Hospital?

by Oh! Semput


13
SHARES
171
VIEWS
Posted on 29 May 2017 11:00:59

masalah rumah tangga ezlynn dikejarkan ke hospital 1 430

Kredit foto: Instagram Ezlynn 


Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah yang boleh diumpamakan dengan nasib yang melanda penyanyi Ezlynn.

Ketika ini penyanyi tersebut sedang dirawat di sebuah pusat perubatan swasta akibat demam viral. Dalam masa yang sama penyanyi itu didakwa sedang menghadapi pergolakan rumah tangga dengan suaminya, Adam Fahmi Shamsuddin.

Enggan memanaskan kontroversi yang melanda, Ezlynn tampil memberikan komen ringkas.

masalah rumah tangga ezlynn dikejarkan ke hospital 2

Kredit foto: Instagram Ezlynn

Saya tidak mahu komen tentang itu, memandangkan dia (suami), ia akan buat saya lebih tertekan. Saya mahu fokus kepada kesihatan saya dahulu. Apa-apa boleh hubungi pengurus saya untuk yang lain. Saya harap awak dapat memahami keadaan saya.

: Mstar

Ezlynn mendirikan rumah tangga dengan suami pada 21 November 2011, bagaimanapun sehingga kini masih tidak dikurniakan anak.

Terdahulu, Ezlynn menerusi laman Instagramnya melahirkan perasaan tertekan dan terkejut dengan satu kejadian (yang tidak dijelaskan) sehingga menyebabkan beliau jatuh sakit.  

masalah rumah tangga ezlynn dikejarkan ke hospital 3

Kredit foto: Instagram Ezlynn

Kalah juga akhirnya. Tak sangka badan dan fikiran saya terperanjat. Sangat tertekan dengan apa yang terjadi semalam. Terima kasih atas doa anda semua dan kekuatan yang diberikan. InsyaAllah semuanya akan baik.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts