Elly Mazlein Nak Jadi Duta Persatuan Ibu Tunggal?

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 10 Nov 2016 01:00:05

Setelah mengumumkan penarikan diri dalam pertandingan nyanyian, Elly Mazlein menyatakan kini rezekinya semakin murah setelah mendapat pelbagai undangan nyanyian selain turut ditawarkan menjadi duta pelbagai produk.

BACA: Alyah Terancam Kerana Peminat Taksub Elly Mazlein

“Sekarang saya ditawarkan untuk jadi duta produk, berlakon dan memenuhi undangan nyanyian. Saya anggap ini rezeki untuk anak saya Putri Sara Sefhia. Terima kasih kepada Astro kerana memberikan saya peluang ini”

“Jika boleh saya mahu jadi duta ibu tunggal. Nak berkongsi pengalaman dengan semua ibu-ibu tunggal yang lain. Kita kena kuat dan bersedia. Kena redha dengan apa yang berlaku,” kongsi Elly kepada portal Media Hiburan.

Nampaknya keputusan Elly Mazlein menarik diri daripada pertandingan tersebut kini membuka lebih banyak peluang kepadanya untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semoga segala perancangan Elly akan dipermudakan. (rtky/s)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts