Elly Mazlein Tidak Kisah Jadi Bahan Gurau Nabil

by Oh! Semput


12
SHARES
153
VIEWS
Posted on 25 Oct 2016 03:00:03

Kecoh sebentar suasana di laman sosial apabila Nabil Ahmad dikecam kerana menjadikan Elly Mazlein sebagai bahan gurauan pada konsert Gegar Vaganza baru baru ini. Bagaimanapun bagi Elly, dia memahami apa yang cuba disampaikan Nabil pada ketika itu.

BACA: Lawak Tak Kena Tempat, Nabil Ahmad Kena Kecam

“Saya faham Nabil hanya bergurau sahaja dan saya tidak mengambil hati dengannya. Alhamdulilah ramai yang perihatin, maknanya saya disayangi sekarang dan ramai mahu menjaga hati saya,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Gara-gara gurauan Nabil yang menyatakan – macam ni punya cantik pun berpisah jua – kepada Elly, teruk Nabil dikecam dan dikritik malah ada yang menyifatkan Nabil biadap dan tidak tahu menghormati perkara peribadi untuk dijadikan bahan jenaka.

Sementara itu, memetik laporan BH Online, Elly mengakui bahawa lagu Berpisah Jua yang dinyanyikannya minggu lalu benar benar terkesan di hati umpama rasa ditumbuk.

Apa yang pasti, Nabil tetap akan menjadi pengacara, orang ramai akan terus bercakap mengenai program realiti tersebut dan Elly akan terus mendapat sokongan peminat sepanjang konsert berlangsung. Dan anda yang meminati program ini akan terus menunggu depan televisyen setiap kali konsert akan ke udara. (rtky/s)

6-elly-mazlein-tidak-kisah-jadi-bahan-gurau-nabil-rotikaya 5-elly-mazlein-tidak-kisah-jadi-bahan-gurau-nabil-rotikaya 4-elly-mazlein-tidak-kisah-jadi-bahan-gurau-nabil-rotikaya 3-elly-mazlein-tidak-kisah-jadi-bahan-gurau-nabil-rotikaya 2-elly-mazlein-tidak-kisah-jadi-bahan-gurau-nabil-rotikaya 1-elly-mazlein-tidak-kisah-jadi-bahan-gurau-nabil-rotikaya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts