by Oh! Semput
Saya perasan sejak minggu kelima konsert GV3 lagi saya di boo apabila Datuk Seri Vida mencalonkan nama saya untuk diberikan imuniti. Saya tak berjauh hati kerana saya faham penyokong dan peminat mesti menyokong artis kegemaran masing-masing.Sebenarnya semua peserta GV3 rapat persis adik-beradik. Apabila di ‘boo’, saya tak rasa apa-apa kerana semua pertandingan memang begitu malah saya tak marah pun penyokong artis lain walaupun sebelum ini mereka asyik menyalahkan peminat saya.
Sebagai anak seni, jangan cepat sentap dan mesti sanggup berdepan dengan apa saja cabaran. Hati mesti keras, kental dan kebal.
